Wasiat dan amanah

Wasiat dan amanah adalah perkara yang begitu sinonim untuk setiap manusia kerana ia adalah sesuatu peninggalan atau amanah yg diberikan oleh seseorang..Ia berlaku sekiranya ada kematian jadi muncullah wasiat dan amanah..Dyla yakin nyawa setiap orang boleh tarik bila-bila masa,dan kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia yang indah ini.Secara jujur dyla katakan kematian menyedarkan dyla yang diri dyla yg bila-bila masa boleh pergi,namun bersyukur kerana masih mampu untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek..Jujur dyla katakan dyla terlalu jahil untuk semua benda,setiap orang tidak sempurna,tetapi usaha la untuk menyempurnakan diri kita,jika kita usaha itulah yang kita dapat.Alhamdulilah dyla bersyukur kerana dyla masih bernafas dan dapat memberi senyuman,bergurau,menangis bersama orang yang tersayang  ,mama,abah,kakak ,abang,anak buah,si jantung hati,alhamdulilah ya allah :')..Semakin hari semakin dyla terlalu banyak berfikir tentang apa yang dyla buat,ya allah banyak yang buruk tentang dyla hina dimata allah swt.Dan doa yang sering dyla lakukan untuk munasabahkan diri,sentiasa bersamanya untuk mendekatkan diri dengan nya.

Dyla lalai dengan dunia sehingaakan kadang-kadang dyla hampir lupa apa yang  dyla buat,salah atau betul . Tetapi sebelum tidur dyla sentiasa berfikir bagaimana jika ia adalah malam terakhir ?bagaimana dengan apa dyla niat selama ni ?adakah ia akan tertunai ? sering bermain di fikiran dyla.Dan dyla ingin semua tahu apa yang ingin tunaikan ialah jika dyla tiada di dunia yang indah ini ingin dyla dermakan organ dyla kepada orang lebih memerlukan,kerana ini adalah pinjaman dari allah swt kepada dyla,dan harus dyla memberi pinjaman untuk orang lebih memerlukan.Insyallah niat ikhlas dyla memberi pinjaman ini kepada sesiapa.Dan dyla ingin meminta maaf jika memebuatkan semua orang tidak selesa dengan dyla,bagaimanapun dyla hanya manusia biasa yang tidak mampu menyenangkan semua hati orang.

Hargai kehidupan selagi allah swt memberi kita peluang untuk berubah :) indahnya ciptaan nya :)
Amanah kepada yang membaca luahan hati yang terlalu kusam ini :)

No comments:

Post a Comment